[FIX] Mengatasi Windows Cannot Be Installed On This Disk

[FIX] Mengatasi Windows Cannot Be Installed On This Disk

Summary

This time I will share about '[FIX] Mengatasi Windows Cannot Be Installed On This Disk'

Continue reading about our main topic which is [FIX] Mengatasi Windows Cannot Be Installed On This Disk

Cara Yang Betul mengatasi Windows cannot be installed to this disk. The selected disk is of the GPT partition style/has an MBR partition table.

Hello kawan-kawan, Saya akan kongsikan Cara Mengatasi Windows Cannot Be Installed On This Disk semasa proses format komputer ataupun laptop anda. Terdapat beberapa masalah apabila kita hendak format semula komputer riba atau komputer. Jadi jangan panik, anda boleh mengendalikannya dengan mudah malalui cara yang akan saya kongsikan ini.

Apabila hendak memasang semula Windows 10 terdapat masalah yang sering berlaku iaitu Windows tidak boleh dipasang kerana Disk pada komputer menggunakan jenis partition yang tidak sepadan dengan boot mode yang digunakan. Apabila anda memulakan proses pemasangan anda akan melihat mesej ralat yang berbunyi

“Windows cannot be installed to this disk. The selected disk is of the GPT partition style“

atau

“Windows cannot be installed to this disk. The selected disk has an MBR partition table. On EFI system, Windows can only be installed to GPT disks“ 

PENYEBAP

Kemunculan ralat error ini berkaitan dengan dua perkara, yang pertama ialah jenis partition pada hard disk anda, dan yang kedua ialah sama ada komputer but melalui BIOS atau mod UEFI.

Apabila anda ingin memasang semula Windows pada hard disk yang mempunyai jenis partition GPT, anda mesti but menggunakan mod UEFI. Jika anda but menggunakan BIOS maka ralat ini akan muncul kerana Windows hanya boleh dipasang pada disk GPT jika anda menggunakan UEFI.

Dan sebaliknya, jika jenis partition hard disk anda adalah MBR, mod but yang digunakan mestilah BIOS/Legacy.

Secara ringkas skemanya hendaklah seperti ini:

BIOS > MBR

UEFI > GPT

Disebabkan oleh ketidakpadanan antara jenis partition hard disk dengan mod but yang digunakan.

Cara Mengatasi

Perkara pertama yang anda perlukan untuk cuba menyelesaikan masalah ini ialah menukar mod but supaya sepadan dengan jenis partition hard disk yang anda gunakan.

Cara Pertama

Untuk error The selected disk is of the GPT partition style >> ubah boot mode dari BIOS/Legacy >> menjadi UEFI

Dan

Untuk error The selected disk has an MBR partition table >> ubah boot mode dari UEFI >> menjadi BIOS/Legacy

Untuk mengubah boot mode boleh dilakukan melalui halaman BIOS.

Mengubah BIOS Mod

  1. Pertama restart semula komputer.

  2. Sebaik sahaja komputer Di Restart, tekan Butang Esc, F2, Del atau lain-lain untuk memasuki persediaan BIOS. Butang yang mesti ditekan ini berbeza mengikut jenama.

  3. Selepas memasukkan tetapan BIOS pilih menu But > Mod But UEFI/BIOS > pilih mod but yang sesuai (UEFI/Legacy) > tekan Enter > tekan F10 > but restart komputer dan teruskan proses format.

Cara Kedua

Untuk cara kedua ini metanya sama seperti di atas iaitu:

Untuk error The selected disk is of the GPT partition style >> ubah boot mode dari BIOS/Legacy >> menjadi UEFI

Dan

Untuk error The selected disk has an MBR partition table >> ubah boot mode dari UEFI >> menjadi BIOS/Legacy

Namun untuk cara ini kita tidak perlu restart, kita akan menggunakan Command Prompt.

Kami menganggap sekarang kedudukan anda berada pada halaman pemasang. Jangan keluar, kekal di sana kerana kita boleh membuka Command Prompt dari halaman itu. Anda melakukan ini dengan menekan butang Shift + F10.

Selepas program Command Prompt dibuka, taipkan arahan berikut:

diskpart

Tekan Enter, kemudian taip arahan berikut sekali lagi:

List Disk

Dan tekan enter.

Seterusnya pada skrin akan muncul senarai disk pada komputer anda yang dilabelkan dengan nombor (disk 1, disk 2, disk 3, dll.) Tentukan disk yang hendak ditukar, ini adalah disk yang akan digunakan untuk memasang Windows 10.

Selepas mengetahui nombor disk anda, (sebagai contoh, disk 0), kemudian taip perintah berikut:

select disk 0

Tekan enter.

Jika berjaya, maka di skrin akan terlihat keterangan Disk 0 is now the selected disk.

Seterusnya masukan comman berikut :

clean

Dan tekan enter.

Untuk pengetahuan anda, semua file/data dan partisi  akan dipadam/clean so sebelum melakukan proses ini saya harap korang da membuat backup file penting korang.

Seterusnya kita akan melakukan proses convert dengam memasukan comman seperti berikut:

MBR ke GPT

convert gpt

GPT ke MBR

convert mbr

Setelah selesai melakukan proses convert, Tutup comman pro dan teruskan ke proses formating/installing windows korang, sekiranya anda berjaya untuk melakukan proses convert bersesuaian bios anda, Seharusnya proses installing/formating akan berjalan dengan lancar.

Namun sekiranya ada permasalahan anda boleh hubungi saya melalui comment ataupun contact form yang saya sediakan, Kerana ada cara lain yang boleh anda gunakan selain dua meta yang saya kongsikan ini.

Tetapi oleh kerana  saya tidak mempunyai masa yang cukup, artikel ini saya akhiri di sini sahaja.

Berikut 2 cara untuk mengatasi Windows Cannot Be Installed On This Disk.

Conclusion

So I think you might understand and like our article about [FIX] Mengatasi Windows Cannot Be Installed On This Disk. So in my conclusion, If you don't understand any of the steps then don't hesitate to leave a comment in the space we have provided.

Share with your friends and spread this article to the whole world😍

Assalamualaikummm..

Comments